PENGUMUMAN

 
  Tarikh Peperiksaan Sekolah Penggal ke-2 2011 : 20 Okt 2011 - 26 Okt 2011
Tarikh Tajuk Masa Tempat
20 Okt - 26 Okt 2011 Peperiksaan Sekolah Penggal ke-2 2011 -  SRA Damai Kota Marudu

 

Sejarah Sekolah

July 29, 2011


SEJARAH RINGKAS SEKOLAH RENDAH ADVENT DAMAI

Sekolah Rendah Advent Damai (SRAD) telah ditubuhkan pada tahun 1952 hasil pimpinan Pastor Pohan seorang penginjil sukarela berbangsa Indonesia. KK Missin Bin Jumaat merupakan ketua kampung pertama bagi Kampung Damai (nama sebelumnya Bolintang). Beliau telah memberikan sebidang tanah kepada SDA Mission of Sabah untuk tapak mendirikan gereja dan sekolah. Sejak ditubuhkan sekolah ini menghadapi banyak rintangan terutamanya kewangan. Sekolah ini pernah ditutup kerana kekurangan murid dan kewangan untuk menggaji guru.

Pada tahun 1971 dengan semangat yang baru dan kesedaran penduduk terutamanya anggota gereja kepentingan pendidikan maka sekolah ini dibuka semula. Pada waktu itu sekolah hanya mempunyai dua bangunan sekolah yang dikongsi oleh murid  Tahun 1 hingga Tahun 6. Pada tahun 1989, kelas tadika diwujudkan untuk memenuhi permintaan anggota gereja dan penduduk setempat kawasan Tandek, Kota Marudu. Cikgu Jaibi Omar adalah guru pertama kelas tadika ini.  Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampai hampir semua mata pelajaran telah mendorong ibu bapa menghantar anak bersekolah di sini. Kelas tadika menjadi pembekal murid kepada SRAD.

Sekolah ini terletak lebih kurang 7 kilometer daripada pekan yang terdekat iaitu Pekan Kota Marudu. Sebenarnya sekolah ini sudah melahirkan ramai  pelajar yang berjaya dalam pendidikan dan menyandang jawatan yang penting samada dalam sektor swasta atau  kerajaan. Penghargaan kepada semua bekas pelajar kerana menyokong sekolah ini terutamanya dalam segi kewangan dan bantuan pelaksanaan aktiviti yang dianjurkan sekolah. Persatuan alumni SRA Damai diketuai oleh Encik Saban Sawayan (Pemilik Biro  Guaman Tetuan Sawayan & company)



Statistik murid  (2002 hingga 2010 )

Tahun
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
Murid
276
266
272
225
213
250
233
222
255

0 comments:

Post a Comment

  © SRA Damai by Blogger 2011

Back to TOP